Pusat Bertauliah
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.
Apa itu NOSS
National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut
PPT
Pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
SKM
Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
* Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
* Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Pautan

